Skip to main content

Menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk minuman kesihatan semakin meningkat. Raya 2025 dijangka menyaksikan trend baru dalam industri ini, menawarkan peluang besar kepada bakal founder yang ingin membina jenama sendiri. Jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan minuman kesihatan, inilah masa yang tepat!

Trend Minuman Kesihatan Popular Raya Tahun Ini

Minuman Detox Perisa Buah-Buahan

Minuman detoks semakin digemari kerana manfaatnya dalam membersihkan toksin dan meningkatkan tenaga. Kombinasi buah seperti mangga, nanas, dan markisa dengan tambahan superfood seperti chia seed dijangka menjadi pilihan utama pengguna.

Kopi Kesihatan Dengan Ramuan Herba

Kopi kesihatan seperti kopi dengan campuran ashwagandha, maca root, dan ginseng bakal mendapat tempat kerana manfaatnya dalam meningkatkan stamina dan fokus, terutamanya selepas menikmati juadah raya yang berat.

Minuman Whitening Powder

Minuman pemutih kulit yang mengandungi bahan seperti kolagen, glutathione, dan vitamin C semakin mendapat perhatian. Ia bukan sahaja membantu mencerahkan kulit tetapi juga memberikan nutrisi penting untuk kesihatan dalaman.

Minuman Slimming Powder

Bagi mereka yang ingin mengawal berat badan selepas menikmati juadah raya, minuman slimming powder yang mengandungi bahan seperti L-carnitine, garcinia cambogia, dan serat tinggi akan menjadi pilihan utama.

Teh Pelbagai Perisa

Teh herba seperti teh hijau, teh serai, dan teh bunga telang dengan tambahan madu atau lemon akan menjadi trend utama, terutama bagi mereka yang ingin mengekalkan kesihatan pencernaan selepas menikmati hidangan raya yang kaya lemak dan gula. Selain itu, teh berperisa moden seperti teh matcha latte dan teh chamomile juga semakin digemari.

Kenapa Founder Baru Perlu Ambil Peluang Ini?

Minuman kesihatan bukan sekadar trend sementara tetapi menjadi keperluan dalam gaya hidup moden. Dengan modal rendah dan margin keuntungan yang tinggi, produk minuman kesihatan adalah pilihan terbaik untuk founder baru yang ingin memulakan perniagaan.

Antara kelebihan membangunkan jenama sendiri dalam industri ini:

  • Permintaan tinggi sepanjang tahun, bukan hanya ketika raya.
  • Produk boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, cecair atau tablet effervescent.
  • Mudah dipasarkan melalui e-commerce dan media sosial.
  • Menawarkan nilai tambah berbanding minuman konvensional.

Bina Jenama Minuman Kesihatan Anda Bersama UMZ Bioline Manufacturer

Jika anda berminat untuk memulakan jenama sendiri dalam industri minuman kesihatan, UMZ Bioline Manufacturer sedia membantu. Kami merupakan kilang OEM yang berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai produk minuman kesihatan berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian KKM.

Kelebihan bekerjasama dengan UMZ Bioline:

  • R&D oleh pakar berpengalaman
  • Formulasi eksklusif mengikut kehendak pasaran
  • Pembungkusan premium dan moden
  • Bantuan pemasaran dan penjenamaan

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah satu founder berjaya dalam industri minuman kesihatan! Jika berminat nak ada produk sendiri, boleh hubungi UMZ Bioline sekarang.

Leave a Reply